BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 26, 2010

Seni Tari


Seni Tari

1.0       Seni Tari
Seni tari adalah gerak indah dan berirama yang mengandungi dua unsur penting gerak dan irama. Menurut Haukin seorang menyatakan bahwa tari adalah ekspresi jiwa manusia yang diubah oleh imaginasi dan diberi bentuk melalui media gerak sehingga menjadi bentuk gerak yang simbolik dan sebagai ungkapan si pencipta (Haukins: 1990, 2). Secara tidak langsung di sini Haukin memberikan penekanan bahawa seni tari merupakan ekspresi jiwa menjadi sesuatu yang dilahirkan melalui media ungkap yang disamarkan.  Menurut seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai-bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. 

2.0       Jenis-Jenis Tarian
2.1       Ulek Mayang
Negeri Terengganu memang cukup terkenal dengan persembahan Ulek Mayang. Menurut pandangan sesetengah masyarakat, asal usul persembahan ini bermula apabila orang-orang Melayu Terengganu yang tinggal di kawasan persisiran pantai memuja semangat yang dipanggil Semangat 7 Puteri. Dikatakan mereka menyembah semangat tersebut dengan harapan agar hasil tangkapan laut sentiasa melimpah-ruah.
Selain itu dikatakan juga tarian ini dimainkan bertujuan sebagai salah satu kaedah perubatan tradisional. Persembahan Ulek Mayang dimainkan dengan menggunakan mayang pinang. Mayang pinang ini dipercayai mempunyai semangat dan boleh memulihkan semangat pesakit. Ketika persembahan berlangsung pemain puteri akan diringi penari wanita diikuti lagu merdu ulik mayang yang menyeru semangat pesakit. Ulek Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang lelaki yang sakit akibat makhluk halus.

Namun kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai tujuan hiburan semata-mata, selain untuk pengetahuan generasi muda tentang kesenian negeri Terengganu. Persembahan kesenian tarian Ulek Mayang ini masih lagi aktif di beberapa tempat di Terengganu iaitu di Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.




2.2       Tarian Mak Yong

Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat diraja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diraja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.
Mak Yong merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau.
Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah naungan Kesultan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias cantik.
Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalam dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.


2.3       Kuda Kepang
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung. Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.
Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk  johor terutamanya dari berketurunan Jawa. Kuda kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang biasanya akan mempunyai seorang ketua.
Tarian ini biasanya dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. 


2.4       Tarian Gamelan
Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu.


 

0 comments: