Kraftangan Malaysia
1.0 Definisi Kraf
"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik; dan "keluaran batik" ertinya apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.
sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
2.0 Bidang Kraf
Hasil rimba ialah Seni kraf yang berasaskan kayu, buluh, rotan, mengkuang dan lain-lain lagi.
Bekas serba guna diperbuat daripada kayu yang dilarik banyak dihasilkan di Pahang. Bekas serba guna ini telah dihias bahan tembaga bagi menambahkan nilai komersialnya.
Hasil Logam Seni kraf berasaskan besi, emas, perak, pewter, tembaga dan lain-lain lagi
Tekstil Seni merupakan kraf yang meliputi batik, tenunan, songket, tekatan, sulaman dan lain-lain. Batik dihasilkan melalui teknik terapan, cantingan lilin atau lorekan sutera saring menghasilkan variasi reka corak dan kegunaannya. Penggunaan batik telah dipelbagaikan antaranya menghasilkan kelengkapan dan hiasan rumah.
3.0 Anyaman
Anyaman merupakan seni kraf sejagat Malaysia wujud sejak 300 ratus tahun yang lampau. Hasil rimba seperti buluh, rotan, pandan, mengkuang dan ribu-ribu menyumbang kepada hasil utama kraf anyaman. Anyaman yang dihasilkan daripada bahan hasil rimba ini memaparkan barangan harian, hiasan dan hadiah.
Keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Malaysia menghasilkan kraftangan anyaman terserlah melalui penghasilan bakul, tikar, perabut, pengadang, bekas serbaguna, dinding rumah dan barangan hadiah dan cenderamata. Kepelbagaian penghasilan produk ini memaparkan keadaan sebenar keunikan seni kraftangan Malaysia yang dianggap seni kraf yang unik di rantau Asia.
0 comments:
Post a Comment