BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 19, 2010

Seni Tampak


Seni  Tampak

Seni lukis dikenali sebagai seni rupa, seni tampak atau seni visual merupakan seni yang boleh dinampakkan, diamati menerusi proses melihat, kadangkala mengasyikkan dan membangkitkan rasa, tafsiran, fikiran dan persoalan kepada kepada penontonnya. Balai Seni Lukis Negara bertanggungjawab bagi menghimpun, memulihara, mempamerkan karya seni tempatan dan antarabangsa, serta mendidik dan menyelidik sambil menyemarakkan kecintaan masyarakat terhadap seni, khususnya seni tampak. 

Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan , keseronokan dan kesenangan estetik . Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej dan pihak penerima mesej tersebut akan saling bersama menyempurnakan mesej yang disampaikan. Dengan lain perkataan , komunikasi yang berkesan hanya akan berlaku dengan sempurna apabila mesej pengirim dapat diterima dengan tepat oleh si penerima.

             Sementara itu , menurut Muslim dalam Kitab Al-Iman , menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Bagi orang yang mempunyai ilmu seni apabila bertemu dengan objek alam semulajadi seperti bunga , daun , haiwan dan sebagainya, ia akan dapat mencipta dan melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap objek tersebut melalui karya seni.
Berlandaskan kepada faktor bahawa kesenangan dan keindahan estetik memerlukan ilmu dan pengetahuan , tidaklah menghairankan jika dalam mendefinasikan maksud seni terdapat banyak pendapat yang berbeza . Perbezaan tersebut berlaku disebabkan oleh beberapa faktor bergantung kepada:
                                i.            Tinggi atau rendahnya ilmu pengetahuan seseorang
                              ii.             Falsafah , estetik dan pegangan budaya seseorang atau sesuatu bangsa .
                            iii.            Zaman atau era ( masa ) Lantaran itu terdapat beberapa pendapat mengatakan bahawa seni adalah pernyataan diri ( art as self-expression ) .Mereka yang berpegang kepada pendapat ini beranggapan bahawa Seni Halus iaitu catan , arca lukisan dan cetakan sahajalah yang dapat diterima sebagai seni , kerana melalui aktiviti tersebutlah pernyataan diri dapat dilahirkan dengan bebas .
Frank Cizek menyatakan bahawa terdapat daya kreatif yang hebat dalam diri kanak-kanak yang memerlukan jalan keluar untuk menyatakan ekspresi diri . Oleh itu kanak- kanak seharusnya diberi ruang dan peluang untuk melukis tentang apa yang mereka mahu , tentang apa yang mereka lihat dari kaca mata mereka sendiri , bukan melukis tentang apa yang orang lain fikiran . Berlainan pula dengan pendapat Walter Gropius ( Bayer , Gropius and Qropius ) – German Bauhaus (1991 ) yang berpendapat bahawa kraf dan rekabentuk adalah seni Halus . Seni seharusnya memberi faedah dan berfungsi kepada kehidupan seharian dan masyarakat bukan sekadar untuk menyatakan hasrat diri .  Pada tahun 1930an satu kajian telah dibuat oleh Owatonna Art Education Study Project , University Of Minnesota mengangkat slogan“ Art , a way of life” iaitu seni Halus tidak seharusnya terasing dengan Seni Gunaan kerana kedua-duanya merangkumi aspek kehidupan

Contoh Gambar Seni Tampak




















0 comments: