BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 26, 2010

Seni Hias ( Landskap)


Seni Hias ( Landskap)

1.0       Pengenalan Landskap
Landskap ialah istilah daripada Bahasa Belanda bermaksud pemandangan desa. Landskap  merupakan apa-apa yang terdapat di permukaan bumi sama ada elemen semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, tasik, gunung-ganang, sungai, laut, air terjun, paya, dan hutan belantara, atau elemen buatan manusia seperti jalanraya, rumah, bangunan, kolam buatan. Landskap merujuk Kamus Dewan 1989 bermaksud keadaan taman dan sekitar sesebuah rumah. Bidang landskap bermaksud sains dan seni mengubahsuai kawasan dengan menyusunatur sesuatu yang semulajadi termasuk penanaman atau pembinaan elemen-elemen secara terancang dalam suatu plan komprehensif. 


Seni landskap merupakan pengolahan elemen semulajadi dan buatan secara harmoni. Pendek kata, projek landskap di ruang terbatas seperti halaman rumah adalah satu percubaan untuk mencipta dan menggabungkan beberapa unsur alam yang istimewa pada skala lebih kecil dan terkawal. Pendedahan terhadap konsep-konsep atau seni-seni landskap dari budaya-budaya berlainan, menjadikan ia satu bidang yang lebih menarik.Lanskap yang direka sesuai dan mendokong kediaman secara keseluruhan pasti akan memberikan kepuasan yang dihajati.

2.0     Panduan Menyempurnakan Landskap
Sebagaimana yang telah dikatakan tadi, landskap dan kediaman perlu mendokong antara satu sama lain. Untuk mencapai keharmonian tersebut, anda perlu menimbang pilihan-pilihan yang ada bagi mendapatkan landskap yang benar-benar hebat dan praktikal.

          Penyusunan tanaman sangat penting dalam seni landskap. Gabungan lanskap lembut dan lanskap kejur menyempurnakan laman anda. Ada beberapa aspek dalam pembinaan landskap secara D-I-Y seperti bajet, kemahiran, iklim, persekitaran, citarasa peribadi dan sumber-sumber yang ada. Jika anda benar-benar mahu memperindahkan kediaman anda dengan ciptaan landskap sendiri, berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu.
  • Pastikan konsep landskap yang ingin anda terapkan sesuai dengan konsep keseluruhan kediaman anda. Ada banyak konsep landskap yang sesuai dengan iklim, persekitaran mahupun budaya kita. Misalnya konsep Bali, Tropika, Melayu, Oriental, Jepun dan sebagainya.
  • Pastikan konsep landskap pilihan anda itu selari dengan reka bentuk rumah dan corak hiasan dalaman rumah anda bagi mencetuskan perasaan serta pandangan yang harmoni. Jika anda menanam gugusan pokok atau bunga-bungaan, pastikan ia disusun mengikut lapisan ketinggian mereka. Pokok yang paling tinggi perlu ditanam di bahagian belakang, sederhana tinggi di bahagian tengah dan renek di bahagian hadapan. Ia bukan sahaja bagi membolehkan anda nampak semua tanaman anda, bahkan jika mereka mengeluarkan bunga, anda akan dapat melihatnya dalam susunan yang menarik.
  • Jangan takut untuk memiliki landskap yang mengandungi unsur air. Bahagian landskap basah selalunya mengundang tumpuan dalam sesebuah rekaan landskap. Ia bukan sahaja menarik pada pandangan mata, malah bunyi percikan air mampu mencipta suatu suasana yang nyaman dan menenangkan. Landskap basah yang paling asas adalah dalam bentuk kolam.Bagaimanapun lebih menarik jika ia dilengkapi pancuran atau terjunan air. Yang ringkas pun sudah memadai. Anda boleh gunakan bahan-bahan yang telah siap dijual atau membina sendiri sesuatu berdasarkan kreativiti serta kemampuan yang anda miliki. Semua bahan atau keperluan membina landskap basah boleh diperolehi dengan mudah di kedai-kedai hardware atau di kedai-kedai akuarium.
  • Pastikan landskap yang anda reka dan bina itu tahan serta mudah diselenggarakan. Misalnya, pilih pokok-pokok yang bukan dari jenis cepat mati atau terlalu manja untuk dijaga. Begitu juga pastikan binaan hardscape anda tahan lasak untuk menangani beban penggunaan dan faktor cuaca. Kalau boleh penyelenggaraan landskap biarlah lebih bermaksud mengawal atau mencorakkan pertumbuhan dan bukan kerana terpaksa membaiki bermacam-macam kerosakan atau menggantikan pokok mati.
3.0     Landskap Lembut
Seperti :  Tumbuhan dan air 

4.0       Landskap Keras/Kejur
Perlandskapan yang melibatkan penggunaan elemen buatan dan keras  Seperti : Batu, Kayu, Simen,Besi dan Fibreglass. Contoh binaan : 1. Wakaf, Pergola, Siar kaki, Kolam,

5.0       Jenis-Jenis Landskap
5.1       Landskap Kediaman 
Di bahagikan kepada dua    
  • Landskap kediaman luar bandar
  • Landskap kediaman bandar 
Landskap ini dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan budaya
5.2       Landskap kediaman luar bandar
Mempunyai ruang yang luas, menekankan aspek pemeliharaan, pemuliharaan, dan peningkatan suasana desa. Kebanyakan tumbuhan di tanam dalam tanah.
5.3       Landskap kediaman bandar
Mempunyai ruang yang terhad, menekankan aspek ringkas dan selesa, selalunya landskap dirancang dengan lebih teratur dan sistematik. Kebanyakan tanaman di tanam di dalam pasu
Landskap juga dipengaruhi oleh keadaan budaya                 
Masyarakat Melayu
  • Menanam tumbuhan herba dan perasa contoh serai, pandan, halia, cekur, lengkuas, pokok kari, limau purut, kantan, senohong, selum, pegaga
  • Elemen buatan seperti pagar dan wakaf
Masyarakat Cina
  • Menanam tumbuhan berwarna merah dan kuning contoh adenium, pinang merah, bonsai, limau, kemunting
  • Elemen buatan pondok merah untuk upacara keagamaan, tanglung merah dan air terjun buatan.
Masyarakat India
  • Menanam tumbuhan seperti melur, susun kelapa, tebu, pisang, sireh, pinang
  • Elemen buatan seperti periuk tanah dan air terjun, patung.
5.4       Landskap kawasan sekolah
  •  Menanam tumbuhan hiasan yang harmoni dan mewujudkan suasana kondusif
  •  Mengunakan elemen yang dapat digunakan seperti bangku, meja, wakaf
  •  Mengurangkan kebosanan, menanam pelbagai warna dan bentuk pokok
5.5       Landskap kawasan hospital
  • Wujudkan ketenangan mengunakan elemen air
  • Penerapan unsur-unsur terapeutik
  • Pemilihan tumbuhan yang berwarna ceria
  • Pemilihan tumbuhan hiasan yang tersusun
  • Pemilihan tumbuhan yang berbau harum
5.6       Landskap kawasan masjid/gereja
  • Utamakan fungsi estetik dan nilai
  • Mengunakan elemen landskap seperti wakaf
  • Penggunaan tumbuhan berbau harum
5.7       Landskap Kawasan Rekreasi
  • Mewujudkan suasana persekitaran yang selesa dan segar
  • Mengunakan banyak tumbuhan berwarna hijau
  • Mengunakan banyak pokok naungan
  • Penggunaan elemen siar kaki, laluan refleksologi,  pergola, pancutan air, kolam ikan hiasan, wakaf.

5.8       Landskap Kawasan Bersejarah
  • Mewujudkan kembali hasil peninggalan satu budaya
  • Menanam tumbuhan dan membina elemen yang berkaitan budaya
  • Mewujudkan landskap hasil peninggalan budaya Portugis , Belanda dan British
  • Contoh Bukit Tinggi, A Famosa, Bukit larut
5.9       Landskap Kawasan Perindustrian 
  • Menanam tumbuhan yang khusus untuk mengawal pencemaran udara, bunyi dan mengadang pemandangan yag tidak menarik
  • Tumbuhan yang sesuai mempunyai tekstur yang padat, permukaan daun yang berbulu dan air ini dapat membantu menyerap habuk dan bunyi.
6.0       Landskap Kawasan Taman Tema
  • Banyak mengunakan elemen air
  • Menanam tumbuhan naungan
  • Menanam tumbuhan yang mempunyai nilai estetik seperti bonsai, topiary
6.1       Landskap Kawasan Laluan/ Jalan
  • Menanam tumbuhan yang berfungsi menunjuk arah, menghalang cahaya kenderaan/matahari, membahagi kawasan, menyerap habuk
  • Tumbuhan yang di pilih hendaklah yang tahan lasak pada panas, kurang penyelenggaraan dan pokok yang kuat tidak mudah tumbang.   
                                     Contoh Landskap




0 comments: